Beza.

Perbezaan Muhrim, Mahram dan Ajnabi

Terdapat 3 istilah yang sering disalahgunakan oleh masyarakat kita, sama ada dalam penulisan, mahupun semasa berkomunikasi. Dengan itu, ada beberapa definisi yang ingin saya berikan agar pembaca dapat rungkaikan perbezaan maksud antara 3 istilah ini. Istilah-istilah tersebut ialah, ajnabi, mahram dan muhrim.

1) Mahram

Bermaksud orang yang haram berkahwin dengan kita

Mahram bagi wanita adalah mereka yang boleh memandangnya, berdua dengannya, melakukan safar (perjalanan) bersama, diharamkan bernikah dengannya untuk selamanya dengan sebab fitrah yang menjadikannya mahram. (Lihat: Abu Malik Kamal, Ensiklopedi Fiqh Wanita, jil. 2, m/s. 156)

Begitu juga dengan lelaki.
Contohnya : Mahram kita(perempuan) ialah – Bapa kandung,bapa mertua, anak kandung,anak tiri(anak suami), bapa saudara dari sebelah bapa dan mak (syarat : adik beradik mak dan bapa )

2) Ajnabi (Bukan mahram)

Ajnabi pula membawa maksud orang asing..iaitu yang bukan suaminya dan juga bukan mahramnya..
maksudnya ….. AJNABI = BUKAN MAHRAM
Senang cerita,ajnabi ini adalah orang yang tidak ada pertalian darah dan boleh kahwin dengannya.

Perempuan dengan lelaki ajnabi WAJIB jaga auratnya,perempuan itu hanya boleh zahirkan muka dan tapak tangan sahaja.

Begitulah juga antara lelaki dan perempuan ajnabi..
Tidak boleh tengok aurat mereka,apatah lagi berdua-duaan.

contoh ( bagi perempuan ) : kawan lelaki, bapa saudara sebelah bapa dan mak ( syarat : bukan adik beradik mak dan bapa dalam erti kata lain abang/adik ipar mak dan bapa) , saudara/sepupu lelaki

3) Muhrim

Muhrim pula bermaksud orang yang sedang melakukan ihram haji ataupun umrah.
Orang ini dilarang melakukan beberapa perkara sepanjang menunaikan kedua-dua ibadat ini sebagaimana yang banyak diperkatakan di dalam kitab-kitab fiqh.